Monday, July 04, 2016

 

My tazkirah

Day6: Mytazkirah
 1/6 dari tempoh puasa telah kita lalui. Adakah daya taqwa kita meningkat?
Puasa adalah jalan mencapai taqwa. Dengan perantaraan puasa diharap kita mencapai tingkat taqwa. Ketika puasa kita meninggalkan makan, minum dan jima’ dengan isteri. Kita berwaspada dari perkara-perkara tersebut. Kita juga waspada terhadap percakapan yang lagha, pandangan yang merosakkan, pendengaran tentang umpatan dan patukan-patukan jari jemari menghantar mesej yang dilarang syariat Isam. Kita melatih diri mengawal perkara yang disukai nafsu dan syahwat juga perkara yang menjadi punca nafsu dan syahwat iaitu makan, minum dan jima’.
Puasa yang benar dapat mengalah nafsu dan syahwat. Marilah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa. …. Jumpa Day7 …

Day7: Mytazkirah
Di manakah letaknya taqwa?
Rasulullah SAW melarang kita dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, musuh memusuhi dan menjual beli atas jual beli orang lain. Selepas melarang perkara tersebut Rasulullah menegaskan التَّقْوَى ههُنَا (taqwa adalah disini) sambil menunjukkan pada dadanya sebanyak 3 kali. (hadith no 35 imam Nawawi)
Sifat-sifat yang buruk itu berpunca di hati. Jauhilah ia. Berpuasalah daripada sifat-sifat itu hingga kita menguasainya dan hendaklah kita berpuasa dalam arti kata menghiasai dengan sifat sifat yang positif. Marilah kita hiasi jiwa kita dan hati kita dengan taqwa kerana taqwa akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji.  Taqwa akan membuka rezeki kita (ayat seribu dinar). Taqwa akan memudahkan perjuangan. Marilah kita biarkan ramadhan melatih kita menjadi manusia bertaqwa.
Jumpa pada Day8 …

Day8:Mytazkirah
Kita tidak akan mencapai darjah taqwa tanpa cahaya petujuk Allah, tanpa ilmu Al Quran dan sunnah Nabi sallallahu’alaihi Wassala. Sehinggalah kriteria ini dipenuhi tak mungkin kita memiliki sifat taqwa. Berpuasa kita melatih diri kita bertaqwa dengan
·         Meninggal perkara yang diharamkan Allah kerana mendekatkan diri pada Allah
·         Mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang disukai nafsu kerana menyedari pengawasan Allah,
·         Memperbanyak ketaatan kepada Allah kerana ingin medapat redha Allah.
… continue on Day9 …

Day9: Mytazkirah…
Puasa …secara fizikal … letih … sebab lapar  - tak makan selama lebih kurang 12 jam. Bila letih dan lapar sifat manusia berbeza … menjadi cepat marah, malas … dan sebagainya. Sifat ini yang nak dididik, di tarbiah … dilatih oleh puasa agar boleh membina hati yang tidak cepat marah, tenang, berhemah, rajin, berusaha melakukan kerja dan amal seupaya yang mungkin. Melalui puasa ini Allah nak kita membina jiwa kita menjadi halus melalui arahan-arahan Nya.
Bila jiwa bersih, lembut dan halus ia mudah menerima ajaran Allah dan ajaran Rasul. Jiwa mudah dan ingin membaca Quran kerana dalam Al Quran dan sunnah Rasul terdapat panduan dan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.
Continue on Day10 …

Day10:Mytazkirah
Apakah mu’jizat Nabi Muhammad SAW yang masih ada hingga hari ini? ….. Ya AL QURAN. Tapi kita tidak merasakan ia sebagai satu mu’jizat. Kita tidak merasa bangga dengan Al Quran sebagaimana kita bangga apabila kita memiliki sebuah kereta mewah,rumah mewah, tanah yang banyak atau memiliki sijil-sijil yang hebat, atau ijazah kedoktoran dengan gelaran professor.
Kita menyepikan Al Quran. Kita tidak bacapun al quran atau kita tidak baca al quran seperti kita baca wassup atau telegram atau facebook. Kalau kita baca pun kita tidak memahaminya … kita tidak mengambil pelajaran daripadanya … kita baca untuk dapat berkat sahaja dan kelebihan-kelebihan sampingan yang dijanjikan Allah.
Marilah kita baca Al Quran di bulan Ramadan ini … untuk menjadi insan bertaqwa…. To be Continued on Day11…

Day11:Mytazkirah
AL Quran diturun pada bulan Ramadan. Al Quran bukan peta jalan raya .. juga bukan google map.
Al Quran adalah petunjuk dan panduan bagi orang-orang BERTQAWA.  
Allah royat kita di awal surah Al Baqarah lagi bahawa Al Quran adalah petunjuk kepada  orang arang bertaqwa atau orang yang hendak bertaqwa. Allah juga royat bahawa orang –orang  bertaqwa ialah orang orang yang beriman kepada perkara perkara yang ghaib, yang mendirikan sembahyang, yang menderma/membuat kebajikan dengan rezeki yang diberikan, yang beriman dengan Al Quran dan kitab kitab yang diturun sebelum Al Quran, dan yakin dengan hari kiamat/akhirat. Orang bertaqwa ini mendapat petunjuk dari Allah dan merekalah orang-orang yang Berjaya.
Dibulan Ramadan ini marilah kita baca dan studi Al Quran untuk mengikuti panduannya … mudah-mudahan kita tergolong dikalangan ahli taqwa. … continue on Day12.

Day12:Mytazkirah
Guano puasa kita hari ini? Adakah kita semakin letih? Lagu mano pulok dengan amalan kita, … semakin letih jugok ke? Walau lagu mano pun ukuran keberhasilan puasa kita ialah dengan semakin letihnya fizikal kita, amalan kita semakin baik … solat kita, tilawah quran kita, sedekah kita, kebajikan kita, zikir kita,  ketukan-ketukan jejari kita, mata kita, telinga kita dan seluruh anggota badan kita … semuanya berpuasa iatu di tala … arahkan serta dibiasakan kepada mealaksanakan kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah.
Rasulullah SAW bersabda,  “ … أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ “ Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Puasa melatih hati kita menjadi hati yang bertaqwa pada Allah. Hati yang bertaqwa kepada Allah akan membawa kepada kebaikan fizikal kita.  Jom … tingkatkan kekuatan amal kita walaupun fizikal kita letih. … continue on Day13…

Day13:Mytazkirah
Nafsu adalah sebahagian daripada  diri kita. Puasa melatih kita melawan nafsu. Puasa melatih kita memiliki nafsu mutmainnah. النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ.
Pemilik nafsu ini mendapat reda Allah. Nafsu mutmainnah akan membuat pemiliknya jadi tenang bila melakukan ketaatan. Orang yang memliki nafsu ini akan dapat mengawal nafsu syahawatnya dengan baik dan sentiasa cenderung kepada kebaikan. Pemilik nafsu mutmainah akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah. Mereka tidak keluh kesah dan gelisah. Setiap sesuatu dihadapi dengan tenang.
Selepas lebih dari sepuluh hari puasa, adakah kita telah membimbing nafsu kita menjadi nafsu mutmainnah? Jom kita berusaha mengasuh nafsu kita agar termasuk dalam golongan orang yang memiliki nafsu mutmainnah.
“Hai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,  dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)
... next Day14 …

Day14:Mytazkirah
Oghe putih kata “tough day today” … untuk istiqamah dengan peringatan pada diri sendiri. Ia perlukan kesabaran yang tinggi. Siri ini patut posted sebelum maghrib setiap hari … well … hari ini …
Puasa melatih kita kesabaran. Sabar adalah menahan. Menahan menahan diri dari makan dan minum pada waktu siang dan perkara-perkara yang merosakkan puasa. Sabar melatih kita menahan kemarahan, mengumpat dan bercakap yang sia sia. Sabar menahan anggota badan dari perbuatan atau amal amal maksiat dan digantikan dengan amal amal kebaikan dan kebajikan. Sabar melatih kita membaca al quran setiap hari, melakukan solat berjemaah setiap waktu. Kesabaran ini akan membawa kita kepada sifat taqwa yang diharapkan oleh Allah kepada kita dengan berpuasa. Adakah kita sabar dalam pengertian ini? Adakah puasa kita selama 14 hari telah melatih kita menjadi sabar?
وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ
Kesabaran itu adalah cahaya.” (HR. Muslim)
Marilah kita puasa untuk menjadi seorang yang sabar yang dikehendaki oleh Allah. … jumpa di Day15 …

Day15:Mytazkirah
Untuk berpuasa kita disunatkan bersahur. Bila sebut sahur السحور kita akan ingat makan sahur. Apa dia sahur? Mengapa sahur penting?
Sahur ialah ialah suatu masa yang bermula dari awal pagi sehingga masuk waktu subuh. Ada yang mengira waktu sahur sebagai 1/6 akhir malam. Kalau waktu maghrib 7.30 mlm dan subuh 5.30 malam maka tempohnya adalah 10 jam. 1/6 daripada 10 jam adalah 1 jam 40 minit sebelum subuh.  Inilah waktu sahur. Untuk berpuasa kita disunatkan makan pada waktu ini kerana pada waktu sahur ada barakah (تسحروا فإن في السحور بركة) riwayat bukhari dan muslim). Allah mengajar kita bangun waktu sahur kerana waktu ini waktu yang sangat mustajab.
Waktu sahur bukan waktu mengisi perut sekenyang-kenyangnya untuk makan tetapi ia adalah waktu yang paling baik untuk beristigfar … وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَار… (Al Imran:17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ......
(az zariat ayat 18) … Beristighfar pada waktu sahur adalah sifat orang bertaqwa.
Marilah kita manafaatkan waktu sahur ini waktu yang sangat sukar untuk dijaga. Alangkah indahnya ramadhan, Allah melatih kita melakukan perkara yang disukaiNya. Marilah kita manafaatkan ramadhan ini untuk mendidik jiwa kita.
…. Sambung pada Day16

Day16:Mytazkirah
Keletihan manusia terserlah dipertengahan ramadhan ini. Amal berjamaah di masjid sudah longgar … amal berjamaah di pasar raya dan kedai kedai yang makin galak… Apa tah lagi keghairahan untuk ke Masjid waktu subuh makin pudar. Kalau begini keadaan nya, kita kena semak diri kita. Apa yang menganggu puasa kita?
Adakah kita tidak menjaga lisan kita atau percakapan atau teks-teks yang dipetik jari kita dengan perkara dusta … kecek pelawok? Allah tidak berkehendak kepada puasa sesesorang yang bercakap dusta.
Adakah kita bercakap perkara yang melaghakan ?… iaitu bercakap yang sia sia dan tidak berfaedah … Adakah kita becakap dengan perkataan rofas? Kata kata keji yang menjurus kepada unsur unsur seksual… Adakah kita tidak menjaga pandangan mata dan pendengaran teliga kita? Adakah kita masih melakukan dosa dosa kecil? ... Marilah kita kita berusaha menjadi orang bertaqwa dengan meninggalkan perkara perkara itu.
Kita mohon agar puasa kita bukan setakat lapar dah dahaga sahaja seperti mana yang disebut dalam hadis رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ  “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”
… next Day17:Mytazkirah ….


Day17:Mytazkirah
Kita mengharapkan kita melalui ramadhan dengan sempurna. Kita berazam hendak puasa dengan sebaik baiknya. Itulah harapan kita … Bagaimana kita akan dapat melalui ramadhan ini dengan sempurna kalau kita tidak mengendali … membimbing nafsu kita sejajar dengan panduan dan pentunjuk Ilahi. Bagaimana kita akan dapat mengikut panduan dan petunjuk ilahi kalau kita tak pandai baca … kalau pandai baca kita tidak faham apa yang dibaca … inilah reality kita.
Panduan dan cara menjalankan puasa dengan sempurna … puasa yang boleh mengubah jiwa kita menjadi jiwa yang hebat … jiwa yang bertaqwa ada ditangan kita. Cuma … ???
Allah menurunkan Al Quran pada bulan ramadhan pada bulan kita berpuasa agar dengan sifat taqwa kita membaca dan mengikut panduan panduan nya. Mengapa ? … sebabnya ialah Al Quran adalah petunjuk kepada seluruh manusia dengan panduan dan bimbingan yang jelas. Al Quran adalah satu rahmat kepada kita dan manusia. شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ “bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Marilah kita baca Al Quran dan memahaminya. Marilah kita ikut panduannya walaupun nafsu kita mencanggahinya. Mudah mudah kita termasuk dalam golongan orang yang berpuasa dan orang yang sabar.
… continue on Day18:Mytazkirah …

Day18:Mytazkirah
Perasankah ? kita mintak pada Allah “tunjukkan kami jalan yang lurus “  اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ sebanyak 17 kali sehari.  Macam mana jalan yang lurus itu? Kat mana ada jalan yang lurus ituTahukah kita gambar dan rupa bentuk jalan yang lurus yang kita minta tu? … seterusnya Apakah tindakan kita?
Dalam kehidupan harian, untuk memastikan tempat yang kita nak pergi tu betul, kita minta orang bawakan kita ke tempat itu. Penunjuk jalan tu mestilah orang yang kita yakin tahu dan boleh bawa kita ke tempat itu … atau kita menggunakan panduan dalam pelbagai bentuk untuk memandu kita ke sana. … so ada dua cara iaitu orang bawa kita atau kita ikut panduan yang orang itu bagi ….
Untuk menjalani kehidupan yang sementara ini, … menuju kubur  dan akhirat … kita perlukan panduan dan bimbingan. Ya!  panduan itu ada ditangan kita iaitu Al Quran. Ia adalah هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  petunjuk bagi orang orang mutaqqin … orang orang bertaqwa. Panduan ini mesti kita kuasai seperti  kita menguasai  sifir darab atau kita menguasai urusan kerja kita… profesion kita. Kalau tidak sesatlah kita seperti kita sesat dalam perjalanan.  Marilah kita sama sama merujuk dalam artikata memahami dan menguasai Al Quran ini untuk jadi panduan kehidupan kita.
Al Quran ini diturunkan pada satu malam yang tersangat special … sangat istimewa iaitu malam lailatul qadar لَيْلَةِ الْقَدْرِ.  Apakah malam lailatul qadar itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ …. To be continued on Day19 …

Day19:Mytazkirah
Kita biasa di tanya itu dan ini. Contohnya, Apakah bahasa mesin yang digunakan dalam semua gadget teknologi yang kita pakai? Jawapannya bergantung kepada sama ada kita tau atau tak tau. Kalu dok tengoh tengoh maknanya ilmu tidak lengkap kerana kecuaian atau ketidak kisahan kita.
Kalau ditanya apakah malam lailatul qadar itu (لَيْلَةِ الْقَدْرِ) ? Malam lailatul Qadar tu adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. ( لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ) Ia adalah malam diturunkan Al Quran. Ia adalah salah satu malam dari bulan ramadhan … bulan puasa. Pada malam lailatur qadar juga, malaikat malaikat dan Jibrail turun kerana membawa segala perkara … atau mengatur urusan. Malam lailatur qadar adalah malam yang penuh dengan kesejahteraan dan berkat.
Malam lailatur qadar sentiasa diperingatkan kepada kita secara mutlak. Ia adalah sebaik baik malam. Ia adalah malam yang hebat. Malam yang Allah beri ganjaran yang hebat. Rugilah kita kalau kita tidak mencarinya. Pah tu lagu mana nak cari? Sefaham ambo cari malam lailatur qadar ini bukan seperti cari barang hilang … selak situ atau selak sini. Nabi ajar kita cara cari malam ini ialah dengan melakukan kebaikan-kebaikan pada malam malam pada bulan Ramadan khususnya pada sepuluh akhir Ramadan. Solat berjamaah di masjid, membaca al quran, belajar al quran dalam majlis majlis ilmu, berzikir, melakukan solat sunat terawih, solat malam, banyakkan berdoa dan beriktikaf di masjid pada sepuluh akhir ramadan. Kita harapkan agar amal amal kita ini bertepatan atau kena pada malam al qadar walaupun kita tidak nampak malamnya dengan mata kasar kita. Wallahualam.
Marilah pakat hidupkan malam al Qadr yang hebat ini. Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk menghidupkan malam al qadr. … next … Day20: …

Day20:Mytazkirah
Hari ini dah hari kedua puluh kita berpuasa. Bila di renung … diperhati … sepanjang 19 hari yang lepas … ancaman keduniaan tidak berkurangan tapi semakin beterusan mencabar latihan puasa yang masih tinggal 10 atau 11 hari lagi termasuk hari ini. Bila direnung  ayat Allah … yang mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini adalah permainan dan hiburan(senda gurau)  semata-mata ( لَعِبٌ وَلَهْوٌ) serta perhiasan dan hidup bermegah megah antara kamu (وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ ) juga berlumba lumba memperbanyakkan harta dan anak pinak (وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ) … Suasana ini berada  didepan mata kita. Kadang-kadang kita sendiri terlibat dan berada dalam kancah ini. Ia tidak pernah  ada rasa syukur dan qana’ah (cukup dengan pemberian Allah) sehingga mengabaikan hakikat kehidupan kita yang sebenar.
Ini lah situasi kita melaksanakan puasa ramadhan ini. Inilah keadaan yang mencabar keinginan kita mendapat sebanyak ganjaran Allah di malam lailatur qadar. Inilah yang menganggu kita berlumba-lumba mencari keampunan Allah yang ganjarannya kekal abadi. Sedangkan Allah mengesa kita (سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ ) “Berlumba-lumbalah mencari  keampunan dari Rabb kamu”. Rasulullah mengajar kita meminta keampuan pada bulan ramdhan ini. Masa inilah masa keemasan yang datang setahun sekali untuk kita bersungguh sungguh mendapat kan keampunan Allah iaitu 10 hari daripada 365 hari … استغفراللهو   … استغفراللهاستغفرالله
… next … Day21:Mytazkirah …
Day21:Mytazkirah
Istighfar adalah adalah lafaz yang mudah disebut .. mudah diingat … semua orang boleh sebut dan boleh ingat. Lafaz ini sentiasa kita baca selepas solat lima waktu.  استغفرالله  adalah lafaz memohon keampunan kepada Allah. Ia adalah perkara yang dianjurkan dan digalakkan oleh Islam.  Al Quran dan hadis Rasuliullah SAW banyak menganjurkan istighfar.
Lafaz yang pendek ini satu doa yang sangat “power”. Rasullulah SAW membacanya sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Beristighfar adalah cara untuk mendapat keampunanAllah, … dikabulkan permintaan dan permohonan, … diberi kekuatan, .. dijauhkan azab dan bala, ditambah rezeki, diberi kegembiraan dan pelbagai kelebihan yang ada pada istighfar.
Pada bulan  yang barakah ini kita digalakkan beristghfar … memohon keampuan kepada Allah.  Mari lah kita ambil kesempatan yang ada dibulan ramadhan ini untuk beristighfar serta membaca doa yang diajar oleh nabi اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”.
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku” (QS. Al Qashash: 16)
… next Day22: …

Day22:Mytazkirah
Siapa yang nak dekat dengan Allah maka hendaklah dia berpuasa dan berdoa. Puasa mendekatkan diri orang berpuasa dengan Allah. Rasulullah SAW royat “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika ia berbuka, do’a yang tidak ditolakkan Allah” (ان للصائم عند فطرة ما ترد)
Allah menyatakan bahawa Dia sangat hampir dengan hamba-hambanya (فَإِنِّي قَرِيبٌ) …iaitu Bila orang bertanya tentang Allah,  Allah menjawab secara langsung bahawa Dia amat dekat dengan hamba-hambaNya فَإِنِّي قَرِيبٌ  dan segera memperkenankan doa mereka. Maka marilah kita segera dan sentiasa berdoa kepada Nya.
Tidakkah kita ni memerlukan Dia yakni Allah? Tidakkah kita selalu menyeru dan meminta minta daripada Allah? Maka marilah kita beriman dengan Allah agar kita mendapat petunjuk jalan yang benar.
Marilah kita meneruskan puasa Ramadan kita kerana puasa ini membersihkan jiwa kita dan menjadikan kita orang-orang bertaqwa … seterusnya mendekatkan diri kita dengan Allah.
 … Next Day23 ….


Day23:Mytazkirah
Allah SWT sangat dekat dengan kita. فَإِنِّي قَرِيبٌ   … biasanya kalau kita dekat dengan sesorang  kita berbicara dengan orang itu. Dengan Allah,… bagaimana kita ingin berbicara dengan Nya? Atau bagaimana kita ingin tahu Allah berbicara dengan kita?
Ya!  Allah sentiasa berbicara dengan kita kalau kita sentiasa membaca Al Quran.  Bila kita baca Al Quran, masa itu Allah berbicara dengan kita. Allah menyeru kita … Allah mengajak kita, … Allah mengingatkan kita, …. Allah membimbing kita, …Allah memberi motivasi  kepada kita … Allah mengacam kita, …. Allah menawarkan pelbagai  ganjaran dan hadiah kepada kita … pelbagai perkara yang dibicarakan Allah kepada kita melalui Al Quran. Bicara Allah melalui Al Quran sentiasa segar ... sentiasa relevan …sepanjang masa … menjadi panduan kehidupan kita sepanjang hayat dalam semua lapangan dan urusan kita kehidupan kita.  هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ Al Quran adalah petunjuk dari Yang Maha Mencipta. Adakah kita merasakan Allah berbicara dengan kita bila kita baca quran? Biasanya kita tidak merasai apa apa … kerana kita tidak memahaminya …
Marilah kita memahami apa yang kita baca daripada Al Quran … marilah kita jadikan Al quran panduan kita dengan memahami apa yang kita baca. Marilah kita beriman dengan Al Quran yang sangat hebat dan istimewa ini … diturunkan pada malam yang istimewa … pada bulan yang istimewa … malam yang merupakan malam yang lebih baik ganjarannya dari seribu bulan.
Jumpa di … Day24 …

Day24:Mytazkirah
Fitrah فطرة adalah tabii manusia … kejadian semula jadi … ia adalah sebahagian daripada manusia. Fitrah adalah kecederungan kepada perkara yang benar dan kecederungan untuk tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا …(fitrah ciptaan Allah yang telah mencipta manusia di atas landasannya). Puasa Ramadan dapat mengembalikan diri kita kepada fitrah … asal kejadian kita yang tunduk kepada Allah … patuh kepada Allah.  
zakat fitrah … adalah zakat jiwa … sedekah atas nikmat yang Allah berikan kerana kita dapat membersihkan diri kita menjadi insan yang tunduk dan patuh pada Allah. Ibn Abbas berkata
فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِيْنِ
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin.” (Hasan, HR. Abu Dawud). Zakat fitrah menyempurna puasa kita yang telah dan akan kita laksanakan dengan sempurna dalam beberapa hari lagi. Marilah kita kembali kepada fitrah Allah … agar kita menjadi orang yang bertaqwa. …. Next Day25



Day25:Mytazkirah
Pada hari ke 25 ini (dah melangkau masuk hari baru … ستغفرالله) … lagu raya sudah mula berkumandang … ucapan selamat hari raya telah meniti bibir bibir insan yang mula nak cuti atau berpisah balik kampug … walaubagaimanapun ramadhan belum berakhir… puasa masih ada lagi … keampunan Allah masih terbuka luas … tidakkah keampunan Allah yang kita sangat sangat perlukan?  فاستبقوا الخيرات‎ maka berlumba lumbalah kepada melakukan kebajikan ... (Al Baqarah:48) begitu juga ditempat lain Allah beritahu kita “bersegeralah kamu kepada kepada keampunan dari tuhan kamu ….” وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ Bersegeralah kita kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang Allah sediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِي  (al Imran:133).
Allah juga beritahu kita apa yang akan berlaku kepada orang yang bertaqwa apablia mereka nampak pintu syurga …sebelum masuk syurga lagi iaitu mereka akan membaca pujian kepada Allah الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُsegala puji bagi Allah yang memberi hidayah ini, pada hal kami sekali kali tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memimpin kami dengan petunjukNya ….(al Araf:43) … selepas doa ini dibaca … pujian ini dibaca, malaikat pun menunjukkan syurga  yang dijanjikan Allah  … أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
tidakkah kita ingin tergolong dalam golongan yang baca doa ini nanti? Cerita ini masih belum berlaku … ia akan berlaku nanti … Allah beri gambaran kepada kita agar kita berusaha … berkorban … bersungguh sungguh mencari keampuan Nya khususnya di bulan puasa ini. Marilah kita menggunakan baki masa Ramadan yang masih ada mencari redha Allah … mencari keampunan Allah …. Next Day26: …..

Day26:Mytazkirah
Allah mencipta kehidupan dan kematian kerana ingin tahu “siapakah diantara kamu (kalangan kita) yang lebih baik amalannya.” أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا  So … timbul persoalan apakah amal yang paling baik patut kita lakukan? Adakah apa yang kita buat sekarang adalah amalan yang paling baik? Bagaimana kita tahu amal itu adalah amal yang terbaik?
Amal yang terbaik ialah amal soleh yang dilakukan setelah beriman (إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا )  Ia juga bermaksud amal amal yang dibuat kerana Allah (ikhlas) dan amal yang benar iaitu amal amal yang sesuai  dengan sunnah Rasulullah صلئ الله عليه وسلم .  mereka yang beriman  dan melakukan amal soleh serta saling ingat mengingati dengan kebenaran dan ingat mengingati dengan kesabaran (إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ )
Antara senarai amal yang utama ialah belajar dan mengajar Al Quran, bersedekah dan memberi salam …, solat pada waktunya, berbakti kepada orang tua, bersungguh menyampaikan kefahaman Islam yang menyeluruh, mengajak orang kepada prinsip prinsip Islam, membuat kebajikan dan seterusnya.
Pada baki serta sisa sisa ramadhan ini marilah kita menjauhkan amal amal lagha dan melakukan amalan yang terbaik pada sisi Allah. Semoga kita menjadi insan bertaqwa kepada Allah. … next Day27: ….
Day27:Mytazkirah
Sekali lagi catatan ini ingin mengajak diri ini dan pembaca budiman bersegera mencari  … segera memburu … segera mendapatkan keampunan Allah (maghfirah Allah).  Setelah berpuasa selama 26 hari dan hari ke 27 hampir tamat … harapannya kita sudah berada pada tahap taqwa yang diharap harapkan Allah dengan pelaksanaan puasa.  
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al baqarah:183)
Pada bulan ramadhan ini kita meminta setiap malam … keampunan dari Allah dengan membaca
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”.
Kita layak mendapat keampunan Allah sebab kita telah … “mendermakan harta pada masa senang dan susah, kita telah menahan kemarahan kerana berpuasa, kita  telah memaafkan kesalahan orang, … kita telah berbuat perkara-perkara yang baik,  kita … apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, kita segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa kita dan kita juga tidak meneruskan perbuatan keji yang kita telah lakukan itu.” Ini lah sifat yang melayakkan kita mendapat keampunan Allah seperti yang sebut dalam AL Quran (AL Imran: ayat 133-135) … bukan setakat keampunan tetapi juga ganjaran syurga yang di cemburui oleh ahli neraka serta golongan al araf.  Adakah kita sudah memiliki sifat sifat itu? Adakah kita sudah layak diberi ganjaran tersebut? Oleh itu marilah kita meneruskan puasa kita dan berusaha melayakkan kita mendapat keampunan Allah dan syurga Allah.  …. Next Day28 …

Day28:Mytazkirah
Semasa membaca catatan wassup dan telegram rakan rakan terjumpa satu komen  … lagu lagu raya solah olah mengejar ramadhan supaya segera pergi … ramadhan akan bersedih ... orang ramai akan bergembira.  Itulah suasana dipenghujung ramadhan … kegembiraan orang ramai atas berakhirnya ramadhan.  Sebaliknya  orang orang soleh akan merasa sedih, hiba dan pilu bila ramadhan sampai ke penghujungnya. Mereka merasa kehilangan, kelebihan kelebihan yang Allah sediakan untuk mendapat ganjaran bekalan akhirat serta keampunannya.  
Bulan ramadhan adalah bulan keampunan.  Ramadhan adalah bulan barakah. Ramadhan adalah bulan pintu pintu neraka ditutup dan pintu pintu syurga dibuka. (mafhum dari hadis Rasulullah SAW) . . . Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’  …  (Bukhari)
Itulah antara yang menyebabkan orang orang soleh  … juga orang orang yang ingin mengislahkan (memperbaiki diri) merasa sedih atas pemergian ramadhan.  Kita di mana? Itulah hubungan kita dengan ramadhan. … next .. Day29 …

Day29:Mytazkirah
Disana ada perbezaan antara kesedihan pemergian ramadhan dan kegembiraan menyambut eid fitri. Sedih kerana kehilangan kelebihan kelebihan yang Allah sediakan dibulan ramadhan. Mana ada malam sehebat lailatul qadr … juga mana ada bulan sehebat ramadhan … sehingga kita jumpa kembali  pada putaran kan datang. Sedih semasa membuat semakan atau hisab amal sebelum berbuka pada hari terakhir puasa ramadhan … kerana tidak sanggup berpisah atau kerana  ada banyak yang miss. Kalau miss opportunity … terlepas peluang meraih kelebihan ramadhan … maka rugilah kita … beristighfarlah kita sebanyak banyaknya. Allah masih menerima amal amal kita sehingga kita dipanggil menemuiNya. Wallahu alam.
Eidul Fitri pula ialah hari kegembiraan … sudah tidak ada kesedihan pada hari ini iaitu eidul fitri. Ia adalah hari kita bergembira … bergembira dengan hiburan hiburan yang dicontohkan oleh rauslullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Eidul Fitri adalah kembali kepada fitrah … kembali kepada kejadian asal … tabie … kembali kepada Islam setelah berjaya melaksanakan puasa ramadhan … Berjaya kembali melaksanakan perintah perintah Allah. Juga kembali kepada boleh makan selepas berpuasa pada siang hari. Itulah eidul fitri. Maka layaklah diucapkan Selamat hari raya dengan ucapan تقبل الله منا ومنكم  semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu. … next  Day30: … jika tidak diistihar Hari Raya …

Day30:Mytazkirah
Mytazkirah will end when the sunset for the day … either today or tomorrow. Mytazkirah adalah lintasan-lintasan peringatan untuk diri pencatat … as proses of thinking aloud through … patukan patukan keyboard … berkongsi dengan saudara atas asas mengamalkan pesanan Rasulullah SAW  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً  “sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”  (Bukhari).

Kemaafan dipohon jika patukan catatan menguris … mencuit dhamir dhamir saudara yang tenang. Kebaikan dan kebenaran adalah dari Allah “الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ”. Semoga kita semua sudah sampai kepuncak taqwa dengan berakhirnya ramadhan yang penuh barakah ini. Ramadhan yang menyejukkan jiwa, membasahi bibir bibir mata, mengekang keinginan keinginan yang rakus serta memberi kebaikan kepada manusia yang Allah buka hati-hati mereka. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ “Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen.” Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu”. … Saya akhiri dengan lafas تقبل الله منا ومنكم (Taqabalallah minna wa minkum).

Sunday, July 03, 2016

 
Hari ini aku melawat semula blog ini. Nampaknya kena mula menulis semula ... membuat rakaman rakaman kehidupan yang dilalui sebelum berakhir kehidupan ini untuk tatapan sesiapa yang boleh memanafaatkannya ... Rakaman ini adalah Mytazkirah ... thinking aloud yang aku share dengan rakan rakan melalui wassup dan telegram. Ia adalah cetusan kognitif dari awal puasa sehinggalah hari ini ... dan Insya Allah hingga Eid day iaitu Hari Raya 1437H

Day1:Mytazkirah
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Puasa adalah rukun islam yang ketiga.  puasa melatih kita bertaqwa. Mengapa taqwa penting? Orang bertaqwa adalah orang yang ... "God Concious" ... menyedari dan merasai Allah memerhati mereka. Dengan kehadiran sifat ini akan membantu individu beriman mendapat redha Allah dan dimuliakan Allah. Mereka akan menjauhkan diri dari larangan Allah dan mendekatkan diri dengan perintah Allah serta anjuran-anjuran kebajikan.  Sifat ini yang ingin dibina dalam diri setiap indvidu beriman melalui puasa. Adakah kita berusaha ke arah itu melalui puasa ini?
Marilah kita memulakan dengan menjauhi pemikiran-pemikiran yang kotor, kata kata yang kotor dan merosakkan komunikasi, pandangan pandangan yang menjejaskan hati, pendengaran pendengaran yang melaghakan, perbuatan-perbuatan jari yang tidak mengenal batas halal dan haram. Marilah kita penuhi masa kita dengan membaca al quran dan mempelajari arahan arahanNya. marilah kita membangun kehidupan kita berasaskan taqwa dengan mengikuti Al Quran menuju kemodenan yang menjangkau kemodenan hari ini. Coretan ini adalah usaha untuk mengingati diri sendiri pada hari pertama puasa ini. Ya Allah berikanlah kebaikan pada kami.

Day 2: MyTazkirah
Saudaraku yang dihormati. Seruan berpuasa adalah untuk kebaikan manusia khususnya untuk kebaikan orang beriman. Orang beriman mereka beriman kepada Allah. Oleh kerana mereka beriman mereka diwajibkan berpuasa. Itu lah yang tertulis surat dalam ayat 183 surah al Baqarah. Dengan berpuasa diharap orang-orang yang beriman mendapat atau mencapai tahap taqwa. Kita juga berharap dapat mencapai tahap itu.
Pelbagai cara Allah menyeru kita supaya bertaqwa. Allah memerintahkan kita untuk bertaqwa dan mencari jalan untuk kita bertaqwa. Maka dibulan yang penuh barakah ini marilah kita berusaha menjadi manusia bertaqwa disisi Allah.
Apakah taqwa? (bersambung pada Day3 …)

Day3: Mytazkirah
Pada setiap hari Jumaat khatib di masijid menyeru sidang jumaat untuk bertaqwa kepada Allah. Apakah taqwa? Kita biasa dengar taqwa dengan makna takutkan Allah, “piety” atau “God fearing”. Lebih baik kalau kita katakan berhati-hati, waspada terhadap perkara yang dilarang Allah dan bersungguh melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah sepanjang kehidupan ini. Ia dalah ibarat seseorang berjalan di jalan yang penuh duri. Marilah kita melatih diri untuk bertaqwa di bulan yang barakah ini. … jumpa lagi di Day4 … 

Day4: Mytazkirah
Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Mereka ialah orang yang bertaqwa. 
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
 “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” (QS. Al Hujurat: 13).
Untuk menjadi mulia kita perlu bertaqwa. Kita perlu beramal atau bekerja dengan amal atau kerja taqwa  amal yang menggambarkan ketelitian kita dalam mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. … to be continued on day 5

Day5: Mytazkirah
Matlamat Puasa adalah untuk mendapatkan taqwa … “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ..” agar kamu bertaqwa. Sebelum bertaqwa manusia mesti beriman terlebih dahulu. Orang yang bertaqwa dinamakan atau digelar “Muttaqi” atau “muttaqin”.
Orang-orang muttaqiin akan berada dalam syurga yang diperkenankan apa yang diingini. Mereka akan hidup dalam keadaan berhibur berada dalam taman-taman bunga dan dikelilingi kebun-kebun buah buahan. Mereka akan dilayani oleh gadis-gadis yang sebaya sambil minum dengan minumam yang tidak putus putus. Mereka tidak bercakap dan tidak mendengan perkara yang sia sia dan perkara yang dusta. (rujuk surah an naba’ ayat 31-35). Itulah gambaran hadiah kepada orang-orang yang bertaqwa diakhirat kelak.
Marilah kita berpuasa agar mencapai darjat taqwa. … next Day6 … 

Tuesday, January 04, 2011

 

Sesi 2011

Assalamualaikum,

Today is the 5th day of 2011 and today also the 3rd day of the college session. After six or seven weeks of total break from academic world of education, I'm dragging my self into the world of teachers' training. There are few reasons that make my year a bit sluggish. I do not have a crystal clear purpose with my profession. How to make my teaching a purposeful endeavor my eternal life. How it can be synchronized with my aim of life? ... Time pas by and today i'm with B.Ed Tesl final semester students. We talk about CALL ...

My dear students, I would like to invite you to have a discourse session on life and the purpose of life especially our role as teacher in this life. I prefer to discuss how we can lift up our pupils and students in Islamic awareness. This what i would like to discuss with my students. I'm looking for the opportunity throughout 2011. Let this be the first post for this year :)

Saturday, September 26, 2009

 

Selepas Raya

ALhamdulillah hari ini aku dapat jumpa dengan rakan- rakan di Bachok. Semasa bersimbang menunggu majlis bermula, seorang rakan berkata ..." La ni kita masih gagah, baru lepas puasa ... bateri keimanan dan taqwa masih tinggi." Belia seterusnya menyambung, "Lepas ini ...tak taulah!"

Aku termenung sekejap memikirkan kata-kata itu. Aku seterusnya menilai diriku sendiri dan bertanya dhamirku ..."mampukah aku meneruskan apa yang telah aku lakukan semasa ramadhan? mampukah aku bangun satu jam sebelum subuh? Bagaimana aku nak kekalkan usaha dan kebiasaan ramadhan ini?" Persoalan-persoalan ini timbul dalam hati dan benak ku.

Selepas 7 hari syawal berlalu ... terasa bibit kemalasan, kelesuan, dan kekerasan hati pada diri ini. Ganguan dunia mulai terasa ... Jamuan hampir setiap hari, ... pemadangan-pemandangan yang mencabar mata dimerata-rata. Mampukah aku menghadapi semua ini seperti mana aku menghadapi semasa ramadhan? Mudah-mudahan Allah mempermudahkannya untuk aku!

Menangani keluarga yang besar dan anak-anak yang membesar juga memcabar. ...... Well today, aku manage to gather whoever at home to come together. The task is to ask them answering 29 Questons on YPL from State. They work together .... This is my first experience ....

Sunday, September 20, 2009

 

Eidul Fitri 1430

Alhamdulillah setelah sekian lama berdiam diri, hari ini 2 syawal 1430H dapat saya kembali ke blog ini. Pada masa ini hati saya masih teringat akan amalan yang dilakukan pada ramadhan kali. Ramdhan kali ini agak berlainan. Kebiasaannya pada malam hari selain daripada beterawih dan tadarus serta cuba menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan itikaf dan qiam tetapi pada tahun ini ditambah dengan amalan kawalan kampung khususnya pada akhir sepuluh ramadhan. Ini suasana baru. Walaubagaimanapun ia bukan phenomena baru dalam sejarah ummah cuma baru bagi saya. Dalam sejarah ummah, jihad dan segala macam halangan berlaku dalam bulan ramadhan.

Timbul persoalan dalam pemikiran saya, bagaimana asimilasi perlu dilakukan untuk menjadikan ia sebahagian dari amal soleh diakhir ramadhan dan termasuk dalam amalan yang diganjari dengan ganjaran pahala lailatul qadar. Hal ini perlu disebatikan dalam diri supaya tidak jumud dengan sesuatu amalan yang khususnya sahaja diakhir ramadhan. Ya amalan yang dikhususnya itu akan tetap kekal tetapi kita juga mesti terbuka dalam menghadapi suasana-suasana yang berbeza. Kesediaan ini akan membantu kita menghayati Islam yang sebenar.

Setengah orang akan menolak bahawa amalan selain yang bukan berbentuk "ibadah" tidak patut dilakukan. Tidak boleh ada kawalan kampung. Tidak boleh itu dan tidak boleh ini sebab tidak ada dinyatakan dalam sunnah. tetapi hakikat ibadah itu merangkumi setiap kerja yang kita lakukan yang tidak bercanggah dengan syariat. Tidak kira apa saja kerja (amalan) tersebut hatta menyediakan makanan untuk orang bersahur pun adalah ibadah. Oleh itu kefahaman tentang hakikat ibadah dan amalan dalam kehidupan perlu disebatikan agar kita terbuka dan menerima semua amalan sebagai ibadah apabila ia tidak bercanggah dengan ketentuan syarak.

Tuesday, July 12, 2005

 

My First Posting

Welcome to my blog page

This page is powered by Blogger. Isn't yours?