Sunday, September 02, 2018

 

Politician and Public Service

Selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, Suasana berubah, perasaan berubah ... suasana menjadi satu suasana yang terbuka dan tidak bermuka-muka sama ada dalam politik atau dalam kehidupan umum. Walaubagaimanapun ia mendatangkan keserabukan dan kacau bilau dikalangan pejawat awam. Penjawat awam bercelaru kerana tuannya telah bertukar.

Penjawat awam adalah manusia manusia yang menggerakkan sistem pentadbiran dan delivery kerajaan. Kerajaan digerakkan oleh oleh kumpulan manusia yang menang dalam pilihan raya atau kumpulan manusia yang berkuasa. Penjawat awam dalam context penjawat awam di Malaysia tidak terikat dengan mana mana parti politik. Mereka pelaksana dasar kerajaan yang mereka juga terlibat dalam membina dasar tersebut.

Poltician jugak bukan the master for penjawat awam. walaubagaimanapun dalam satu organisasi perlu ada struktur dan ada command. Inilah tempat penyalahgunaan kuasa oleh politician dan penjawat awam. Politican mahukan sesuatu hasratnya di sokong dan dilaksanakan manakala penjawat awam mahukan kedudukan, pangkat dan pengaruh. Maka bertemulah kecenderungan yang sama ini yang membawa kepada persepakatan dan penyalahgunaan kuasa yang ada. Ia digunakan untuk sabotaj, ugut dan mengenepikan penjawat penjawat awam yang tidak sebulu dengannya atau digunakan untuk memberi jawatan kepada mereka yang mendokong mereka sahaja walaupun masih ada lagi orang lain yang layak. Ia telah menjadi budaya. budaya ini masih menebal sehingga sekarang.

Selepas betukar tuan, penjawat awam mencari dahan berpaut baru. sepatutnya tidak berlaku delema ini. Mereka mencari jalan bagaimana hendak mengekalkan kedudukan dan pangkat mereka. Mereka mula berhijrah sebelum sampai tahun hijrah. mereka mula mendaftar sebagai ahli parti yang memerintah serta bertandang ke rumah pimpinan parti memerintah. Mereka mula "memagari" poltician politcian ini dengan segala belitan yang mereka ada. Mereka mula merancang sesama mereka bagaimana mereka boleh, dengan menggunakan kedudukan mereka, mempengaruhi atau mengatur tindakan tindakan mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka. Inilah perilaku perilaku penjawat awam yang tidak neutral dan amanah  dalam tugas mereka.

It is not easy to bring change. There are many stages that need to be faced. Ada dua perubahan utama yang perlu ditangani. Perubahan kumpulan manusia yang berkuasa dan perubahan manusia yang menggerakkan sistem perjalanan negara. Perubahan kumpulan yang berkuasa dibuat melalui pemilihan iaitu pilihanraya. Perubahan kepada sistem pentadbiran negara dilakanakan oleh mereka yang dipilih. Kalau mereka yang dipilih juga hanya pandai rhetorik maka akan rebah lah mereka yang dipilih.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?