Sunday, July 03, 2016
Hari ini aku melawat semula blog ini. Nampaknya kena mula menulis semula ... membuat rakaman rakaman kehidupan yang dilalui sebelum berakhir kehidupan ini untuk tatapan sesiapa yang boleh memanafaatkannya ... Rakaman ini adalah Mytazkirah ... thinking aloud yang aku share dengan rakan rakan melalui wassup dan telegram. Ia adalah cetusan kognitif dari awal puasa sehinggalah hari ini ... dan Insya Allah hingga Eid day iaitu Hari Raya 1437H
Day1:Mytazkirah
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
Puasa adalah rukun islam yang ketiga. puasa melatih kita bertaqwa. Mengapa taqwa
penting? Orang bertaqwa adalah orang yang ... "God Concious" ...
menyedari dan merasai Allah memerhati mereka. Dengan kehadiran sifat ini akan
membantu individu beriman mendapat redha Allah dan dimuliakan Allah. Mereka
akan menjauhkan diri dari larangan Allah dan mendekatkan diri dengan perintah
Allah serta anjuran-anjuran kebajikan.
Sifat ini yang ingin dibina dalam diri setiap indvidu beriman melalui
puasa. Adakah kita berusaha ke arah itu melalui puasa ini?
Marilah kita memulakan dengan menjauhi pemikiran-pemikiran
yang kotor, kata kata yang kotor dan merosakkan komunikasi, pandangan pandangan
yang menjejaskan hati, pendengaran pendengaran yang melaghakan,
perbuatan-perbuatan jari yang tidak mengenal batas halal dan haram. Marilah
kita penuhi masa kita dengan membaca al quran dan mempelajari arahan arahanNya.
marilah kita membangun kehidupan kita berasaskan taqwa dengan mengikuti Al
Quran menuju kemodenan yang menjangkau kemodenan hari ini. Coretan ini adalah
usaha untuk mengingati diri sendiri pada hari pertama puasa ini. Ya Allah
berikanlah kebaikan pada kami.
Day 2: MyTazkirah
Saudaraku yang dihormati. Seruan berpuasa adalah untuk
kebaikan manusia khususnya untuk kebaikan orang beriman. Orang beriman mereka
beriman kepada Allah. Oleh kerana mereka beriman mereka diwajibkan berpuasa.
Itu lah yang tertulis surat dalam ayat 183 surah al Baqarah. Dengan berpuasa
diharap orang-orang yang beriman mendapat atau mencapai tahap taqwa. Kita juga
berharap dapat mencapai tahap itu.
Pelbagai cara Allah menyeru kita supaya bertaqwa. Allah
memerintahkan kita untuk bertaqwa dan mencari jalan untuk kita bertaqwa. Maka
dibulan yang penuh barakah ini marilah kita berusaha menjadi manusia bertaqwa
disisi Allah.
Apakah taqwa? (bersambung pada Day3 …)
Day3: Mytazkirah
Pada setiap hari Jumaat khatib di masijid menyeru sidang
jumaat untuk bertaqwa kepada Allah. Apakah taqwa? Kita biasa dengar taqwa
dengan makna takutkan Allah, “piety” atau “God fearing”. Lebih baik kalau kita
katakan berhati-hati, waspada terhadap perkara yang dilarang Allah dan
bersungguh melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah sepanjang kehidupan
ini. Ia dalah ibarat seseorang berjalan di jalan yang penuh duri. Marilah kita
melatih diri untuk bertaqwa di bulan yang barakah ini. … jumpa lagi di Day4 …
Day4: Mytazkirah
Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Mereka ialah
orang yang bertaqwa.
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ
أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya yang
paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian”
(QS. Al Hujurat: 13).
Untuk menjadi mulia kita perlu bertaqwa. Kita perlu beramal
atau bekerja dengan amal atau kerja taqwa
amal yang menggambarkan ketelitian kita dalam mematuhi perintah Allah
dan meninggalkan larangan Allah. … to be continued on day 5
Day5: Mytazkirah
Matlamat Puasa adalah untuk mendapatkan taqwa … “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ..”
agar kamu bertaqwa. Sebelum bertaqwa manusia mesti beriman terlebih dahulu.
Orang yang bertaqwa dinamakan atau digelar “Muttaqi” atau “muttaqin”.
Orang-orang muttaqiin
akan berada dalam syurga yang diperkenankan apa yang diingini. Mereka akan
hidup dalam keadaan berhibur berada dalam taman-taman bunga dan dikelilingi
kebun-kebun buah buahan. Mereka akan dilayani oleh gadis-gadis yang sebaya
sambil minum dengan minumam yang tidak putus putus. Mereka tidak bercakap dan
tidak mendengan perkara yang sia sia dan perkara yang dusta. (rujuk surah an
naba’ ayat 31-35). Itulah gambaran hadiah kepada orang-orang yang bertaqwa
diakhirat kelak.
Marilah kita berpuasa
agar mencapai darjat taqwa. … next Day6 …