Saturday, September 26, 2009

 

Selepas Raya

ALhamdulillah hari ini aku dapat jumpa dengan rakan- rakan di Bachok. Semasa bersimbang menunggu majlis bermula, seorang rakan berkata ..." La ni kita masih gagah, baru lepas puasa ... bateri keimanan dan taqwa masih tinggi." Belia seterusnya menyambung, "Lepas ini ...tak taulah!"

Aku termenung sekejap memikirkan kata-kata itu. Aku seterusnya menilai diriku sendiri dan bertanya dhamirku ..."mampukah aku meneruskan apa yang telah aku lakukan semasa ramadhan? mampukah aku bangun satu jam sebelum subuh? Bagaimana aku nak kekalkan usaha dan kebiasaan ramadhan ini?" Persoalan-persoalan ini timbul dalam hati dan benak ku.

Selepas 7 hari syawal berlalu ... terasa bibit kemalasan, kelesuan, dan kekerasan hati pada diri ini. Ganguan dunia mulai terasa ... Jamuan hampir setiap hari, ... pemadangan-pemandangan yang mencabar mata dimerata-rata. Mampukah aku menghadapi semua ini seperti mana aku menghadapi semasa ramadhan? Mudah-mudahan Allah mempermudahkannya untuk aku!

Menangani keluarga yang besar dan anak-anak yang membesar juga memcabar. ...... Well today, aku manage to gather whoever at home to come together. The task is to ask them answering 29 Questons on YPL from State. They work together .... This is my first experience ....

Sunday, September 20, 2009

 

Eidul Fitri 1430

Alhamdulillah setelah sekian lama berdiam diri, hari ini 2 syawal 1430H dapat saya kembali ke blog ini. Pada masa ini hati saya masih teringat akan amalan yang dilakukan pada ramadhan kali. Ramdhan kali ini agak berlainan. Kebiasaannya pada malam hari selain daripada beterawih dan tadarus serta cuba menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan itikaf dan qiam tetapi pada tahun ini ditambah dengan amalan kawalan kampung khususnya pada akhir sepuluh ramadhan. Ini suasana baru. Walaubagaimanapun ia bukan phenomena baru dalam sejarah ummah cuma baru bagi saya. Dalam sejarah ummah, jihad dan segala macam halangan berlaku dalam bulan ramadhan.

Timbul persoalan dalam pemikiran saya, bagaimana asimilasi perlu dilakukan untuk menjadikan ia sebahagian dari amal soleh diakhir ramadhan dan termasuk dalam amalan yang diganjari dengan ganjaran pahala lailatul qadar. Hal ini perlu disebatikan dalam diri supaya tidak jumud dengan sesuatu amalan yang khususnya sahaja diakhir ramadhan. Ya amalan yang dikhususnya itu akan tetap kekal tetapi kita juga mesti terbuka dalam menghadapi suasana-suasana yang berbeza. Kesediaan ini akan membantu kita menghayati Islam yang sebenar.

Setengah orang akan menolak bahawa amalan selain yang bukan berbentuk "ibadah" tidak patut dilakukan. Tidak boleh ada kawalan kampung. Tidak boleh itu dan tidak boleh ini sebab tidak ada dinyatakan dalam sunnah. tetapi hakikat ibadah itu merangkumi setiap kerja yang kita lakukan yang tidak bercanggah dengan syariat. Tidak kira apa saja kerja (amalan) tersebut hatta menyediakan makanan untuk orang bersahur pun adalah ibadah. Oleh itu kefahaman tentang hakikat ibadah dan amalan dalam kehidupan perlu disebatikan agar kita terbuka dan menerima semua amalan sebagai ibadah apabila ia tidak bercanggah dengan ketentuan syarak.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?