Monday, July 04, 2016
My tazkirah
Day6: Mytazkirah
1/6 dari tempoh puasa
telah kita lalui. Adakah daya taqwa kita meningkat?
Puasa adalah jalan mencapai taqwa. Dengan perantaraan puasa
diharap kita mencapai tingkat taqwa. Ketika puasa kita meninggalkan makan,
minum dan jima’ dengan isteri. Kita berwaspada dari perkara-perkara tersebut.
Kita juga waspada terhadap percakapan yang lagha, pandangan yang merosakkan,
pendengaran tentang umpatan dan patukan-patukan jari jemari menghantar mesej
yang dilarang syariat Isam. Kita melatih diri mengawal perkara yang disukai
nafsu dan syahwat juga perkara yang menjadi punca nafsu dan syahwat iaitu
makan, minum dan jima’.
Puasa yang benar dapat mengalah nafsu dan syahwat. Marilah
kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa. …. Jumpa Day7 …
Day7: Mytazkirah
Di manakah letaknya taqwa?
Rasulullah SAW melarang kita dengki mendengki, tipu menipu,
benci membenci, musuh memusuhi dan menjual beli atas jual beli orang lain.
Selepas melarang perkara tersebut Rasulullah menegaskan التَّقْوَى ههُنَا (taqwa adalah disini) sambil
menunjukkan pada dadanya sebanyak 3 kali. (hadith no 35 imam Nawawi)
Sifat-sifat yang buruk itu berpunca di hati. Jauhilah ia. Berpuasalah
daripada sifat-sifat itu hingga kita menguasainya dan hendaklah kita berpuasa
dalam arti kata menghiasai dengan sifat sifat yang positif. Marilah kita hiasi
jiwa kita dan hati kita dengan taqwa kerana taqwa akan melahirkan sifat-sifat
yang baik dan terpuji. Taqwa akan
membuka rezeki kita (ayat seribu dinar). Taqwa akan memudahkan perjuangan. Marilah
kita biarkan ramadhan melatih kita menjadi manusia bertaqwa.
Jumpa pada Day8 …
Day8:Mytazkirah
Kita tidak akan mencapai darjah taqwa tanpa cahaya petujuk
Allah, tanpa ilmu Al Quran dan sunnah Nabi sallallahu’alaihi Wassala. Sehinggalah
kriteria ini dipenuhi tak mungkin kita memiliki sifat taqwa. Berpuasa kita
melatih diri kita bertaqwa dengan
·
Meninggal perkara yang
diharamkan Allah kerana mendekatkan diri pada Allah
·
Mendekatkan diri pada Allah
dengan meninggalkan perkara yang disukai nafsu kerana menyedari pengawasan
Allah,
·
Memperbanyak ketaatan
kepada Allah kerana ingin medapat redha Allah.
… continue on Day9 …
Day9: Mytazkirah…
Puasa …secara fizikal … letih … sebab lapar - tak makan selama lebih kurang 12 jam. Bila
letih dan lapar sifat manusia berbeza … menjadi cepat marah, malas … dan
sebagainya. Sifat ini yang nak dididik, di tarbiah … dilatih oleh puasa agar
boleh membina hati yang tidak cepat marah, tenang, berhemah, rajin, berusaha
melakukan kerja dan amal seupaya yang mungkin. Melalui puasa ini Allah nak kita
membina jiwa kita menjadi halus melalui arahan-arahan Nya.
Bila jiwa bersih, lembut dan halus ia mudah menerima ajaran
Allah dan ajaran Rasul. Jiwa mudah dan ingin membaca Quran kerana dalam Al Quran
dan sunnah Rasul terdapat panduan dan petunjuk kepada orang-orang yang
bertaqwa.
Continue on Day10 …
Day10:Mytazkirah
Apakah mu’jizat Nabi Muhammad SAW yang masih ada hingga hari
ini? ….. Ya AL QURAN. Tapi kita tidak merasakan ia sebagai satu
mu’jizat. Kita tidak merasa bangga dengan Al Quran sebagaimana kita bangga apabila
kita memiliki sebuah kereta mewah,rumah mewah, tanah yang banyak atau memiliki
sijil-sijil yang hebat, atau ijazah kedoktoran dengan gelaran professor.
Kita menyepikan Al Quran. Kita tidak bacapun al quran atau
kita tidak baca al quran seperti kita baca wassup atau telegram atau facebook.
Kalau kita baca pun kita tidak memahaminya … kita tidak mengambil pelajaran
daripadanya … kita baca untuk dapat berkat sahaja dan kelebihan-kelebihan
sampingan yang dijanjikan Allah.
Marilah kita baca Al Quran di bulan Ramadan ini … untuk
menjadi insan bertaqwa…. To be Continued on Day11…
Day11:Mytazkirah
AL Quran diturun pada bulan Ramadan. Al Quran bukan peta
jalan raya .. juga bukan google map.
Al Quran adalah petunjuk dan panduan bagi orang-orang BERTQAWA.
Al Quran adalah petunjuk dan panduan bagi orang-orang BERTQAWA.
Allah royat kita di awal surah Al Baqarah lagi bahawa Al
Quran adalah petunjuk kepada orang arang
bertaqwa atau orang yang hendak bertaqwa. Allah juga royat bahawa orang
–orang bertaqwa ialah orang orang yang
beriman kepada perkara perkara yang ghaib, yang mendirikan sembahyang, yang
menderma/membuat kebajikan dengan rezeki yang diberikan, yang beriman dengan Al
Quran dan kitab kitab yang diturun sebelum Al Quran, dan yakin dengan hari
kiamat/akhirat. Orang bertaqwa ini mendapat petunjuk dari Allah dan merekalah
orang-orang yang Berjaya.
Dibulan Ramadan ini marilah kita baca dan studi Al Quran
untuk mengikuti panduannya … mudah-mudahan kita tergolong dikalangan ahli
taqwa. … continue on Day12.
Day12:Mytazkirah
Guano puasa kita hari ini? Adakah kita semakin letih? Lagu
mano pulok dengan amalan kita, … semakin letih jugok ke? Walau lagu mano pun
ukuran keberhasilan puasa kita ialah dengan semakin letihnya fizikal kita,
amalan kita semakin baik … solat kita, tilawah quran kita, sedekah kita,
kebajikan kita, zikir kita, ketukan-ketukan
jejari kita, mata kita, telinga kita dan seluruh anggota badan kita … semuanya
berpuasa iatu di tala … arahkan serta dibiasakan kepada mealaksanakan kebaikan
dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah.
Rasulullah SAW bersabda,
“ … أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا
صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ “ Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul
daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,
maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Puasa melatih hati kita menjadi hati yang bertaqwa pada
Allah. Hati yang bertaqwa kepada Allah akan membawa kepada kebaikan fizikal
kita. Jom … tingkatkan kekuatan amal
kita walaupun fizikal kita letih. … continue on Day13…
Day13:Mytazkirah
Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita. Puasa melatih kita melawan nafsu.
Puasa melatih kita memiliki nafsu mutmainnah. النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ.
Pemilik nafsu ini
mendapat reda Allah. Nafsu mutmainnah akan membuat pemiliknya jadi tenang bila
melakukan ketaatan. Orang yang memliki nafsu ini akan dapat mengawal nafsu
syahawatnya dengan baik dan sentiasa cenderung kepada kebaikan. Pemilik nafsu
mutmainah akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah. Mereka tidak keluh
kesah dan gelisah. Setiap sesuatu dihadapi dengan tenang.
Selepas lebih dari
sepuluh hari puasa, adakah kita telah membimbing nafsu kita menjadi nafsu mutmainnah?
Jom kita berusaha mengasuh nafsu kita agar termasuk dalam golongan orang yang
memiliki nafsu mutmainnah.
“Hai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang), kembalilah kepada
Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah
hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam
surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)
... next Day14 …
Day14:Mytazkirah
Oghe putih kata “tough day today” … untuk istiqamah
dengan peringatan pada diri sendiri. Ia perlukan kesabaran yang tinggi. Siri
ini patut posted sebelum maghrib setiap hari … well … hari ini …
Puasa melatih kita kesabaran. Sabar adalah menahan. Menahan
menahan diri dari makan dan minum pada waktu siang dan perkara-perkara yang
merosakkan puasa. Sabar melatih kita menahan kemarahan, mengumpat dan bercakap
yang sia sia. Sabar menahan anggota badan dari perbuatan atau amal amal maksiat
dan digantikan dengan amal amal kebaikan dan kebajikan. Sabar melatih kita
membaca al quran setiap hari, melakukan solat berjemaah setiap waktu. Kesabaran
ini akan membawa kita kepada sifat taqwa yang diharapkan oleh Allah kepada kita
dengan berpuasa. Adakah kita sabar dalam pengertian ini? Adakah puasa kita
selama 14 hari telah melatih kita menjadi sabar?
وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ
“Kesabaran itu adalah cahaya.” (HR.
Muslim)
Marilah kita puasa untuk menjadi seorang yang sabar yang
dikehendaki oleh Allah. … jumpa di Day15 …
Day15:Mytazkirah
Untuk berpuasa kita disunatkan bersahur. Bila sebut sahur السحور kita akan ingat makan
sahur. Apa dia sahur? Mengapa sahur penting?
Sahur ialah ialah suatu masa yang bermula dari awal pagi
sehingga masuk waktu subuh. Ada yang mengira waktu sahur sebagai 1/6 akhir
malam. Kalau waktu maghrib 7.30 mlm dan subuh 5.30 malam maka tempohnya adalah
10 jam. 1/6 daripada 10 jam adalah 1 jam 40 minit sebelum subuh. Inilah waktu sahur. Untuk berpuasa kita
disunatkan makan pada waktu ini kerana pada waktu sahur ada barakah (تسحروا فإن في السحور بركة) riwayat bukhari dan muslim). Allah
mengajar kita bangun waktu sahur kerana waktu ini waktu yang sangat mustajab.
Waktu sahur bukan waktu mengisi perut sekenyang-kenyangnya
untuk makan tetapi ia adalah waktu yang paling baik untuk beristigfar … وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَار… (Al Imran:17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ......
(az zariat ayat 18) … Beristighfar pada waktu sahur adalah sifat orang bertaqwa.
(az zariat ayat 18) … Beristighfar pada waktu sahur adalah sifat orang bertaqwa.
Marilah kita
manafaatkan waktu sahur ini waktu yang sangat sukar untuk dijaga. Alangkah indahnya
ramadhan, Allah melatih kita melakukan perkara yang disukaiNya. Marilah kita
manafaatkan ramadhan ini untuk mendidik jiwa kita.
…. Sambung pada
Day16
Day16:Mytazkirah
Keletihan manusia terserlah dipertengahan ramadhan ini. Amal
berjamaah di masjid sudah longgar … amal berjamaah di pasar raya dan kedai
kedai yang makin galak… Apa tah lagi keghairahan untuk ke Masjid waktu subuh
makin pudar. Kalau begini keadaan nya, kita kena semak diri kita. Apa yang
menganggu puasa kita?
Adakah kita tidak menjaga lisan kita atau percakapan atau
teks-teks yang dipetik jari kita dengan perkara dusta … kecek pelawok? Allah
tidak berkehendak kepada puasa sesesorang yang bercakap dusta.
Adakah kita bercakap perkara yang melaghakan ?… iaitu bercakap
yang sia sia dan tidak berfaedah … Adakah kita becakap dengan perkataan rofas?
Kata kata keji yang menjurus kepada unsur unsur seksual… Adakah kita tidak
menjaga pandangan mata dan pendengaran teliga kita? Adakah kita masih melakukan
dosa dosa kecil? ... Marilah kita kita berusaha menjadi orang bertaqwa dengan
meninggalkan perkara perkara itu.
Kita mohon agar puasa kita bukan setakat lapar dah dahaga
sahaja seperti mana yang disebut dalam hadis رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ
صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ “Betapa banyak orang yang
berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar
dan dahaga.”
… next Day17:Mytazkirah ….
Day17:Mytazkirah
Kita mengharapkan kita melalui ramadhan dengan
sempurna. Kita berazam hendak puasa dengan sebaik baiknya. Itulah harapan kita
… Bagaimana kita akan dapat melalui ramadhan ini dengan sempurna kalau kita
tidak mengendali … membimbing nafsu kita sejajar dengan panduan dan pentunjuk
Ilahi. Bagaimana kita akan dapat mengikut panduan dan petunjuk ilahi kalau kita
tak pandai baca … kalau pandai baca kita tidak faham apa yang dibaca … inilah
reality kita.
Panduan dan cara menjalankan puasa dengan
sempurna … puasa yang boleh mengubah jiwa kita menjadi jiwa yang hebat … jiwa
yang bertaqwa ada ditangan kita. Cuma … ???
Allah menurunkan Al Quran pada bulan ramadhan pada bulan
kita berpuasa agar dengan sifat taqwa kita membaca dan mengikut panduan panduan
nya. Mengapa ? … sebabnya ialah Al Quran adalah petunjuk kepada seluruh manusia
dengan panduan dan bimbingan yang jelas. Al Quran adalah satu rahmat kepada
kita dan manusia. شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ
الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ “bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah.
Marilah kita baca Al Quran dan memahaminya. Marilah kita
ikut panduannya walaupun nafsu kita mencanggahinya. Mudah mudah kita termasuk
dalam golongan orang yang berpuasa dan orang yang sabar.
… continue on Day18:Mytazkirah …
Day18:Mytazkirah
Perasankah ? kita mintak pada Allah “tunjukkan kami jalan
yang lurus “ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ sebanyak 17 kali sehari. Macam mana jalan yang lurus itu? Kat mana ada
jalan yang lurus ituTahukah kita gambar dan rupa bentuk jalan yang lurus yang
kita minta tu? … seterusnya Apakah tindakan kita?
Dalam kehidupan harian, untuk memastikan tempat yang kita
nak pergi tu betul, kita minta orang bawakan kita ke tempat itu. Penunjuk jalan
tu mestilah orang yang kita yakin tahu dan boleh bawa kita ke tempat itu … atau
kita menggunakan panduan dalam pelbagai bentuk untuk memandu kita ke sana. … so
ada dua cara iaitu orang bawa kita atau kita ikut panduan yang orang itu bagi
….
Untuk menjalani kehidupan yang sementara ini, … menuju
kubur dan akhirat … kita perlukan
panduan dan bimbingan. Ya! panduan itu
ada ditangan kita iaitu Al Quran. Ia adalah هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ petunjuk bagi orang orang mutaqqin … orang
orang bertaqwa. Panduan ini mesti kita kuasai seperti kita menguasai sifir darab atau kita menguasai urusan kerja
kita… profesion kita. Kalau tidak sesatlah kita seperti kita sesat dalam
perjalanan. Marilah kita sama sama
merujuk dalam artikata memahami dan menguasai Al Quran ini untuk jadi panduan
kehidupan kita.
Al Quran ini diturunkan pada satu malam yang tersangat
special … sangat istimewa iaitu malam lailatul qadar لَيْلَةِ الْقَدْرِ.
Apakah malam lailatul qadar itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ …. To be continued on
Day19 …
Day19:Mytazkirah
Kita biasa di tanya itu dan ini. Contohnya, Apakah bahasa
mesin yang digunakan dalam semua gadget teknologi yang kita pakai? Jawapannya
bergantung kepada sama ada kita tau atau tak tau. Kalu dok tengoh tengoh
maknanya ilmu tidak lengkap kerana kecuaian atau ketidak kisahan kita.
Kalau ditanya apakah malam lailatul qadar itu (لَيْلَةِ الْقَدْرِ) ? Malam lailatul Qadar tu adalah malam yang lebih baik dari
seribu bulan. ( لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ
شَهْرٍ) Ia adalah malam diturunkan
Al Quran. Ia adalah salah satu malam dari bulan ramadhan … bulan puasa. Pada
malam lailatur qadar juga, malaikat malaikat dan Jibrail turun kerana membawa
segala perkara … atau mengatur urusan. Malam lailatur qadar adalah malam yang
penuh dengan kesejahteraan dan berkat.
Malam lailatur
qadar sentiasa diperingatkan kepada kita secara mutlak. Ia adalah sebaik baik
malam. Ia adalah malam yang hebat. Malam yang Allah beri ganjaran yang hebat.
Rugilah kita kalau kita tidak mencarinya. Pah tu lagu mana nak cari? Sefaham
ambo cari malam lailatur qadar ini bukan seperti cari barang hilang … selak
situ atau selak sini. Nabi ajar kita cara cari malam ini ialah dengan melakukan
kebaikan-kebaikan pada malam malam pada bulan Ramadan khususnya pada sepuluh
akhir Ramadan. Solat berjamaah di masjid, membaca al quran, belajar al quran
dalam majlis majlis ilmu, berzikir, melakukan solat sunat terawih, solat malam,
banyakkan berdoa dan beriktikaf di masjid pada sepuluh akhir ramadan. Kita
harapkan agar amal amal kita ini bertepatan atau kena pada malam al qadar
walaupun kita tidak nampak malamnya dengan mata kasar kita. Wallahualam.
Marilah pakat
hidupkan malam al Qadr yang hebat ini. Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk
menghidupkan malam al qadr. … next … Day20: …
Day20:Mytazkirah
Hari ini dah hari
kedua puluh kita berpuasa. Bila di renung … diperhati … sepanjang 19 hari yang
lepas … ancaman keduniaan tidak berkurangan tapi semakin beterusan mencabar
latihan puasa yang masih tinggal 10 atau 11 hari lagi termasuk hari ini. Bila
direnung ayat Allah … yang mengingatkan
kita bahawa kehidupan dunia ini adalah permainan dan hiburan(senda gurau) semata-mata ( لَعِبٌ وَلَهْوٌ)
serta perhiasan dan hidup bermegah megah antara kamu (وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ ) juga berlumba lumba memperbanyakkan harta dan anak pinak (وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ) … Suasana ini berada didepan mata kita. Kadang-kadang kita sendiri
terlibat dan berada dalam kancah ini. Ia tidak pernah ada rasa syukur dan qana’ah (cukup dengan
pemberian Allah) sehingga mengabaikan hakikat kehidupan kita yang sebenar.
Ini lah situasi
kita melaksanakan puasa ramadhan ini. Inilah keadaan yang mencabar keinginan
kita mendapat sebanyak ganjaran Allah di malam lailatur qadar. Inilah yang
menganggu kita berlumba-lumba mencari keampunan Allah yang ganjarannya kekal
abadi. Sedangkan Allah mengesa kita (سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ ) “Berlumba-lumbalah mencari
keampunan dari Rabb kamu”. Rasulullah mengajar kita meminta keampuan
pada bulan ramdhan ini. Masa inilah masa keemasan yang datang setahun sekali
untuk kita bersungguh sungguh mendapat kan keampunan Allah iaitu 10 hari
daripada 365 hari … استغفراللهو … استغفرالله …
استغفرالله
… next …
Day21:Mytazkirah …
Day21:Mytazkirah
Istighfar adalah
adalah lafaz yang mudah disebut .. mudah diingat … semua orang boleh sebut dan
boleh ingat. Lafaz ini sentiasa kita baca selepas solat lima waktu. استغفرالله adalah lafaz memohon keampunan kepada Allah.
Ia adalah perkara yang dianjurkan dan digalakkan oleh Islam. Al Quran dan hadis Rasuliullah SAW banyak
menganjurkan istighfar.
Lafaz yang pendek ini
satu doa yang sangat “power”. Rasullulah SAW membacanya sekurang-kurangnya 100
kali sehari. Beristighfar adalah cara untuk mendapat keampunanAllah, …
dikabulkan permintaan dan permohonan, … diberi kekuatan, .. dijauhkan azab dan
bala, ditambah rezeki, diberi kegembiraan dan pelbagai kelebihan yang ada pada
istighfar.
Pada bulan yang barakah ini kita digalakkan beristghfar …
memohon keampuan kepada Allah. Mari lah
kita ambil kesempatan yang ada dibulan ramadhan ini untuk beristighfar serta
membaca doa yang diajar oleh nabi اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf
dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”.
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ
لِي
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku” (QS. Al Qashash: 16)
… next Day22: …
Day22:Mytazkirah
Siapa yang nak dekat dengan Allah maka hendaklah dia
berpuasa dan berdoa. Puasa mendekatkan diri orang berpuasa dengan Allah. Rasulullah
SAW royat “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika ia berbuka, do’a
yang tidak ditolakkan Allah” (ان للصائم عند فطرة ما
ترد)
Allah menyatakan bahawa Dia sangat hampir dengan
hamba-hambanya (فَإِنِّي قَرِيبٌ) …iaitu Bila orang bertanya tentang Allah, Allah menjawab secara langsung bahawa Dia
amat dekat dengan hamba-hambaNya فَإِنِّي قَرِيبٌ dan segera memperkenankan doa mereka. Maka marilah kita segera dan sentiasa berdoa
kepada Nya.
Tidakkah kita ni
memerlukan Dia yakni Allah? Tidakkah kita selalu menyeru dan meminta minta
daripada Allah? Maka marilah kita beriman dengan Allah agar kita mendapat petunjuk
jalan yang benar.
Marilah kita meneruskan puasa Ramadan kita kerana puasa ini
membersihkan jiwa kita dan menjadikan kita orang-orang bertaqwa … seterusnya
mendekatkan diri kita dengan Allah.
… Next Day23 ….
Day23:Mytazkirah
Allah SWT sangat dekat dengan kita. فَإِنِّي قَرِيبٌ … biasanya kalau kita dekat dengan
sesorang kita berbicara dengan orang
itu. Dengan Allah,…
bagaimana kita ingin berbicara dengan Nya? Atau bagaimana kita ingin tahu Allah
berbicara dengan kita?
Ya! Allah sentiasa berbicara dengan kita kalau
kita sentiasa membaca Al Quran. Bila
kita baca Al Quran, masa itu Allah berbicara dengan kita. Allah menyeru kita …
Allah mengajak kita, … Allah mengingatkan kita, …. Allah membimbing kita,
…Allah memberi motivasi kepada kita … Allah
mengacam kita, …. Allah menawarkan pelbagai
ganjaran dan hadiah kepada kita … pelbagai perkara yang dibicarakan
Allah kepada kita melalui Al Quran. Bicara Allah melalui Al Quran sentiasa
segar ... sentiasa relevan …sepanjang masa … menjadi panduan kehidupan kita
sepanjang hayat dalam semua lapangan dan urusan kita kehidupan kita. هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ Al Quran adalah
petunjuk dari Yang Maha Mencipta. Adakah kita merasakan Allah berbicara dengan
kita bila kita baca quran? Biasanya kita tidak merasai apa apa … kerana kita
tidak memahaminya …
Marilah kita
memahami apa yang kita baca daripada Al Quran … marilah kita jadikan Al quran
panduan kita dengan memahami apa yang kita baca. Marilah kita beriman dengan Al
Quran yang sangat hebat dan istimewa ini … diturunkan pada malam yang istimewa
… pada bulan yang istimewa … malam yang merupakan malam yang lebih baik
ganjarannya dari seribu bulan.
Jumpa di … Day24 …
Day24:Mytazkirah
Fitrah فطرة adalah
tabii manusia … kejadian semula jadi … ia adalah sebahagian daripada manusia.
Fitrah adalah kecederungan kepada perkara yang benar dan kecederungan untuk
tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا …(fitrah ciptaan Allah yang telah mencipta manusia di
atas landasannya). Puasa Ramadan dapat mengembalikan
diri kita kepada fitrah … asal kejadian kita yang tunduk kepada Allah …
patuh kepada Allah.
zakat fitrah … adalah zakat jiwa … sedekah atas nikmat yang
Allah berikan kerana kita dapat membersihkan diri kita menjadi insan yang
tunduk dan patuh pada Allah. Ibn Abbas berkata
“فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً
لِلْمَسَاكِيْنِ
“Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari
perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan
untuk orang-orang miskin.” (Hasan, HR. Abu Dawud). Zakat fitrah menyempurna
puasa kita yang telah dan akan kita laksanakan dengan sempurna dalam beberapa
hari lagi. Marilah kita kembali kepada fitrah Allah … agar kita menjadi orang
yang bertaqwa. …. Next Day25
Day25:Mytazkirah
Pada hari ke 25 ini (dah melangkau masuk hari baru … ستغفرالله) … lagu raya sudah mula berkumandang … ucapan selamat
hari raya telah meniti bibir bibir insan yang mula nak cuti atau berpisah balik
kampug … walaubagaimanapun ramadhan belum berakhir… puasa masih ada lagi …
keampunan Allah masih terbuka luas … tidakkah keampunan Allah yang kita sangat
sangat perlukan? فاستبقوا الخيرات maka berlumba lumbalah kepada melakukan
kebajikan ... (Al Baqarah:48) begitu juga ditempat lain Allah beritahu
kita “bersegeralah kamu kepada kepada keampunan dari tuhan kamu ….” وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ Bersegeralah kita
kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang Allah sediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa. وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِي (al Imran:133).
Allah juga beritahu
kita apa yang akan berlaku kepada orang yang bertaqwa apablia mereka nampak
pintu syurga …sebelum masuk syurga lagi iaitu mereka akan membaca pujian kepada
Allah الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا
وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ … segala puji bagi Allah yang memberi hidayah ini, pada hal
kami sekali kali tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memimpin kami
dengan petunjukNya ….(al Araf:43) … selepas doa ini dibaca … pujian ini
dibaca, malaikat pun menunjukkan syurga
yang dijanjikan Allah … أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا
كُنتُمْ تَعْمَلُونَ …
tidakkah kita ingin
tergolong dalam golongan yang baca doa ini nanti? Cerita ini masih belum
berlaku … ia akan berlaku nanti … Allah beri gambaran kepada kita agar kita
berusaha … berkorban … bersungguh sungguh mencari keampuan Nya khususnya di
bulan puasa ini. Marilah kita menggunakan baki masa Ramadan yang masih ada
mencari redha Allah … mencari keampunan Allah …. Next Day26: …..
Day26:Mytazkirah
Allah mencipta kehidupan dan kematian kerana ingin tahu “siapakah
diantara kamu (kalangan kita) yang lebih baik amalannya.” أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا So … timbul persoalan
apakah amal yang paling baik patut kita lakukan? Adakah apa yang kita buat
sekarang adalah amalan yang paling baik? Bagaimana kita tahu amal itu adalah
amal yang terbaik?
Amal yang terbaik
ialah amal soleh yang dilakukan setelah beriman (إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ
أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا
) Ia juga bermaksud amal amal yang
dibuat kerana Allah (ikhlas) dan amal yang benar iaitu amal amal yang sesuai dengan sunnah Rasulullah صلئ الله عليه وسلم . mereka yang
beriman dan melakukan amal soleh serta
saling ingat mengingati dengan kebenaran dan ingat mengingati dengan kesabaran
(إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ )
Antara senarai amal
yang utama ialah belajar dan mengajar Al Quran, bersedekah dan memberi salam …,
solat pada waktunya, berbakti kepada orang tua, bersungguh menyampaikan kefahaman
Islam yang menyeluruh, mengajak orang kepada prinsip prinsip Islam, membuat
kebajikan dan seterusnya.
Pada baki serta
sisa sisa ramadhan ini marilah kita menjauhkan amal amal lagha dan melakukan
amalan yang terbaik pada sisi Allah. Semoga kita menjadi insan bertaqwa kepada
Allah. … next Day27: ….
Day27:Mytazkirah
Sekali lagi catatan ini ingin mengajak diri ini dan pembaca
budiman bersegera mencari … segera
memburu … segera mendapatkan keampunan Allah (maghfirah Allah). Setelah berpuasa selama 26 hari dan hari ke
27 hampir tamat … harapannya kita sudah berada pada tahap taqwa yang diharap
harapkan Allah dengan pelaksanaan puasa.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa. (al baqarah:183)
Pada bulan ramadhan ini kita meminta setiap malam …
keampunan dari Allah dengan membaca
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”.
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai orang yang memohon maaf, maka maafkanlah aku”.
Kita layak mendapat
keampunan Allah sebab kita telah … “mendermakan harta pada masa senang dan
susah, kita telah menahan kemarahan kerana berpuasa, kita telah memaafkan kesalahan orang, … kita telah berbuat
perkara-perkara yang baik, kita …
apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, kita segera
ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa kita dan kita juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang kita telah lakukan itu.” Ini lah sifat yang melayakkan
kita mendapat keampunan Allah seperti yang sebut dalam AL Quran (AL Imran: ayat
133-135) … bukan setakat keampunan tetapi juga ganjaran syurga yang di cemburui
oleh ahli neraka serta golongan al araf.
Adakah kita sudah memiliki sifat sifat itu? Adakah kita sudah layak
diberi ganjaran tersebut? Oleh itu marilah kita meneruskan puasa kita dan berusaha
melayakkan kita mendapat keampunan Allah dan syurga Allah. …. Next Day28 …
Day28:Mytazkirah
Semasa membaca catatan wassup dan telegram rakan rakan
terjumpa satu komen … lagu lagu raya
solah olah mengejar ramadhan supaya segera pergi … ramadhan akan bersedih ...
orang ramai akan bergembira. Itulah
suasana dipenghujung ramadhan … kegembiraan orang ramai atas berakhirnya
ramadhan. Sebaliknya orang orang soleh akan merasa sedih, hiba dan
pilu bila ramadhan sampai ke penghujungnya. Mereka merasa kehilangan, kelebihan
kelebihan yang Allah sediakan untuk mendapat ganjaran bekalan akhirat serta
keampunannya.
Bulan ramadhan adalah bulan keampunan. Ramadhan adalah bulan barakah. Ramadhan
adalah bulan pintu pintu neraka ditutup dan pintu pintu syurga dibuka. (mafhum
dari hadis Rasulullah SAW) . . . Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk
bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh
Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’ …
(Bukhari)
Itulah antara yang menyebabkan orang orang soleh … juga orang orang yang ingin mengislahkan
(memperbaiki diri) merasa sedih atas pemergian ramadhan. Kita di mana? Itulah hubungan kita dengan
ramadhan. … next .. Day29 …
Day29:Mytazkirah
Disana ada perbezaan antara kesedihan pemergian ramadhan dan
kegembiraan menyambut eid fitri. Sedih kerana kehilangan kelebihan kelebihan
yang Allah sediakan dibulan ramadhan. Mana ada malam sehebat lailatul qadr …
juga mana ada bulan sehebat ramadhan … sehingga kita jumpa kembali pada putaran kan datang. Sedih semasa membuat
semakan atau hisab amal sebelum berbuka pada hari terakhir puasa ramadhan … kerana
tidak sanggup berpisah atau kerana ada
banyak yang miss. Kalau miss opportunity … terlepas peluang meraih
kelebihan ramadhan … maka rugilah kita … beristighfarlah kita sebanyak banyaknya.
Allah masih menerima amal amal kita sehingga kita dipanggil menemuiNya. Wallahu
alam.
Eidul Fitri pula ialah hari kegembiraan … sudah tidak ada
kesedihan pada hari ini iaitu eidul fitri. Ia adalah hari kita bergembira …
bergembira dengan hiburan hiburan yang dicontohkan oleh rauslullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
Eidul Fitri adalah kembali kepada fitrah … kembali
kepada kejadian asal … tabie … kembali kepada Islam setelah berjaya melaksanakan
puasa ramadhan … Berjaya kembali melaksanakan perintah perintah Allah. Juga kembali
kepada boleh makan selepas berpuasa pada siang hari. Itulah eidul fitri. Maka
layaklah diucapkan Selamat hari raya dengan ucapan تقبل الله منا ومنكم semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari
kamu. … next Day30: … jika tidak
diistihar Hari Raya …
Day30:Mytazkirah
Mytazkirah will end when the sunset for the day … either
today or tomorrow. Mytazkirah adalah lintasan-lintasan peringatan untuk diri
pencatat … as proses of thinking aloud through … patukan patukan keyboard …
berkongsi dengan saudara atas asas mengamalkan pesanan Rasulullah SAW بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “sampaikanlah dariku walau hanya satu
ayat” (Bukhari).
Kemaafan dipohon jika patukan catatan menguris … mencuit
dhamir dhamir saudara yang tenang. Kebaikan dan kebenaran adalah dari Allah “الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ”. Semoga kita semua sudah sampai kepuncak taqwa dengan
berakhirnya ramadhan yang penuh barakah ini. Ramadhan yang menyejukkan jiwa,
membasahi bibir bibir mata, mengekang keinginan keinginan yang rakus serta
memberi kebaikan kepada manusia yang Allah buka hati-hati mereka. يَا مُقَلِّبَ
الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ “Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen.”
Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah
hatiku di atas agama-Mu”. … Saya akhiri dengan lafas تقبل الله منا ومنكم
(Taqabalallah minna wa minkum).
Sunday, July 03, 2016
Hari ini aku melawat semula blog ini. Nampaknya kena mula menulis semula ... membuat rakaman rakaman kehidupan yang dilalui sebelum berakhir kehidupan ini untuk tatapan sesiapa yang boleh memanafaatkannya ... Rakaman ini adalah Mytazkirah ... thinking aloud yang aku share dengan rakan rakan melalui wassup dan telegram. Ia adalah cetusan kognitif dari awal puasa sehinggalah hari ini ... dan Insya Allah hingga Eid day iaitu Hari Raya 1437H
Day1:Mytazkirah
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
Puasa adalah rukun islam yang ketiga. puasa melatih kita bertaqwa. Mengapa taqwa
penting? Orang bertaqwa adalah orang yang ... "God Concious" ...
menyedari dan merasai Allah memerhati mereka. Dengan kehadiran sifat ini akan
membantu individu beriman mendapat redha Allah dan dimuliakan Allah. Mereka
akan menjauhkan diri dari larangan Allah dan mendekatkan diri dengan perintah
Allah serta anjuran-anjuran kebajikan.
Sifat ini yang ingin dibina dalam diri setiap indvidu beriman melalui
puasa. Adakah kita berusaha ke arah itu melalui puasa ini?
Marilah kita memulakan dengan menjauhi pemikiran-pemikiran
yang kotor, kata kata yang kotor dan merosakkan komunikasi, pandangan pandangan
yang menjejaskan hati, pendengaran pendengaran yang melaghakan,
perbuatan-perbuatan jari yang tidak mengenal batas halal dan haram. Marilah
kita penuhi masa kita dengan membaca al quran dan mempelajari arahan arahanNya.
marilah kita membangun kehidupan kita berasaskan taqwa dengan mengikuti Al
Quran menuju kemodenan yang menjangkau kemodenan hari ini. Coretan ini adalah
usaha untuk mengingati diri sendiri pada hari pertama puasa ini. Ya Allah
berikanlah kebaikan pada kami.
Day 2: MyTazkirah
Saudaraku yang dihormati. Seruan berpuasa adalah untuk
kebaikan manusia khususnya untuk kebaikan orang beriman. Orang beriman mereka
beriman kepada Allah. Oleh kerana mereka beriman mereka diwajibkan berpuasa.
Itu lah yang tertulis surat dalam ayat 183 surah al Baqarah. Dengan berpuasa
diharap orang-orang yang beriman mendapat atau mencapai tahap taqwa. Kita juga
berharap dapat mencapai tahap itu.
Pelbagai cara Allah menyeru kita supaya bertaqwa. Allah
memerintahkan kita untuk bertaqwa dan mencari jalan untuk kita bertaqwa. Maka
dibulan yang penuh barakah ini marilah kita berusaha menjadi manusia bertaqwa
disisi Allah.
Apakah taqwa? (bersambung pada Day3 …)
Day3: Mytazkirah
Pada setiap hari Jumaat khatib di masijid menyeru sidang
jumaat untuk bertaqwa kepada Allah. Apakah taqwa? Kita biasa dengar taqwa
dengan makna takutkan Allah, “piety” atau “God fearing”. Lebih baik kalau kita
katakan berhati-hati, waspada terhadap perkara yang dilarang Allah dan
bersungguh melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah sepanjang kehidupan
ini. Ia dalah ibarat seseorang berjalan di jalan yang penuh duri. Marilah kita
melatih diri untuk bertaqwa di bulan yang barakah ini. … jumpa lagi di Day4 …
Day4: Mytazkirah
Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Mereka ialah
orang yang bertaqwa.
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ
أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya yang
paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian”
(QS. Al Hujurat: 13).
Untuk menjadi mulia kita perlu bertaqwa. Kita perlu beramal
atau bekerja dengan amal atau kerja taqwa
amal yang menggambarkan ketelitian kita dalam mematuhi perintah Allah
dan meninggalkan larangan Allah. … to be continued on day 5
Day5: Mytazkirah
Matlamat Puasa adalah untuk mendapatkan taqwa … “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ..”
agar kamu bertaqwa. Sebelum bertaqwa manusia mesti beriman terlebih dahulu.
Orang yang bertaqwa dinamakan atau digelar “Muttaqi” atau “muttaqin”.
Orang-orang muttaqiin
akan berada dalam syurga yang diperkenankan apa yang diingini. Mereka akan
hidup dalam keadaan berhibur berada dalam taman-taman bunga dan dikelilingi
kebun-kebun buah buahan. Mereka akan dilayani oleh gadis-gadis yang sebaya
sambil minum dengan minumam yang tidak putus putus. Mereka tidak bercakap dan
tidak mendengan perkara yang sia sia dan perkara yang dusta. (rujuk surah an
naba’ ayat 31-35). Itulah gambaran hadiah kepada orang-orang yang bertaqwa
diakhirat kelak.
Marilah kita berpuasa
agar mencapai darjat taqwa. … next Day6 …